Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran yang masing-masing disandang oleh Anuar Hasin dan Munirah Razali.

Pertandingan hafazan al-Quran bagi kategori juzuk 1-30 pula masing-masing dimenangi oleh Muhammad Hanzalah Ahmad Syukri dari Maahad Imtiyaz Ipoh dan Siti Hawa Dzulkifli dari Pusat Bimbingan Ummah, Kampar.

Bagi kategori juzuk 1-20 pula, pemenangnya ialah Muhammad Dzulfaqor Mohd Zaine (Madrasah Tahfiz al-Quran Al-Hidayah, Gerik) dan Aiza Nabilah Khairuddin (Pondok Hidayatullah, Lekir).

Dalam kategori juzuk 1-10 menjadi milik Muhammad Syamim Hamdan (Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh, Negeri Sembilan) dan Puteri Balqis Roslan (Pusat Pengajian Balqis, Seri Manjung). - UTUSAN ONLINE