Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebab penarikan darjah kebesaran itu.

Difahamkan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima surat penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu di kediamannya di Seri Kembangan hari ini.

Beliau menerima darjah tersebut pada April 2002. - UTUSAN ONLINE