Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sultan Kedah minta jemaah haji jaga nama baik negara

sultan haji
Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah menyampaikan cenderamata kepada jemaah hani sempena majlis Selamat Berangkat ke Tanah Suci kepada Jemaah Haji KT60K ( MH8134) di Hotel Tabung Haji , Titi Gajah Alor Star , hari ini. - UTUSAN ONLINE/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 16 Ogos - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihatkan jemaah haji supaya menjaga nama baik Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

Baginda bertitah, jemaah harus mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi supaya hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi sentiasa terjaga.

"Jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul untuk menyerah diri kepada Allah. Ini juga mengajar umat Islam untuk bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, adat dan budaya.

"Semua jemaah perlu ambil iktibar haji dengan bersatu hati tanpa melihat perbezaan dan elak perbalahan demi kesejahteraan ummah. 

"Peliharalah kelakuan kerana selama ini, jemaah dari Malaysia dipuji kerana baik dan berdisiplin. Jemaah dari Kedah patuhi arahan dan jangan libatkan diri dengan kegiatan haram yang boleh menjejas nama baik sendiri dan negara," titah baginda.

Baginda bertitah sempena majlis mengucapkan selamat jalan kepada seramai 287 jemaah Haji Kedah ke Tanah Suci Musim Haji 1438H/2017M, di sini hari ini.
 
Titah ucapan baginda dibacakan oleh Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff, turut berkenan hadir pada majlis berkenaan. 

Turut hadir pada majlis tersebut  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis tersebut, para jemaah turut menerima sumbangan one-off RM500 daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Tunku Sallehuddin.
 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain