Baginda meluangkan masa hampir 30 minit bertanyakan khabar dan keadaan Muhyiddin yang kini menerima rawatan di hospital itu selepas menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreasnya, 12 Julai lalu.

Turut menemani Muhyiddin ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Gambar baginda mengunjungi Muhyiddin itu dimuat naik dalam laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.

Dalam pertemuan itu, baginda turut menasihatkan Muhyiddin supaya tidak bimbang dan tertekan, sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rawatan.

“Saya mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas kerana khidmatnya diperlukan oleh rakyat dan negara,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda turut menasihatkan semua pihak supaya mengetepikan apa jua fahaman politik dan bersama-sama mendoakan kesihatan Muhyiddin.

Menurut kenyataan dalam laman Facebook tersebut, Sultan Johor turut berada di Singapura bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan akibat kecederaan lama ketika bermain sukan polo. - UTUSAN ONLINE