Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita palsu tersebut.

"Suka saya ingatkan kepada semua, pada masa sekarang terdapat banyak berita palsu tersebar di laman media sosial.

"Jangan mudah mempercayainya atau terpengaruh dengan apa saja berita palsu yang anda baca, sebaliknya sentiasa menyemak terlebih dahulu faktanya," titah baginda kepada Royal Presa Office (RPO) hari ini.

Sultan Ibrahim kini berada di Jepun atas lawatan peribadi baginda ke negara tersebut.

Sebelum ini tersebar dalam media sosial bahawa Sultan Johor akan turut menyertai perhimpunan tersebut esok. - UTUSAN ONLINE