Dalam entri terbaharu Facebook rasmi Sultan Ibrahim, lawatan baginda ke negara itu adalah atas jemputan Raja Hamad yang dilihat dapat terus mengukuhkan hubungan erat antara Bahrain dan Johor.

Sempena kunjungan itu, Sultan Ibrahim turut mengenakan pakaian tradisional Arab sebagai menghormati Raja Bahrain.

Pada pertemuan itu juga, Raja Hamad berkenan menerima jemputan Sultan Ibrahim untuk melawat Johor bersama-sama delegasi baginda bagi tujuan pelaburan.

Ketika lawatan Sultan Ibrahim ke Bahrain pada November 2017, Baginda menerima penghormatan tertinggi iaitu Darjah Kemuliaan Shaikh Isa Salman al-Khalifa’ (Shaikh Isa bin Salman al-Khalifa Order of Honour) daripada Raja Hamad. - UTUSAN ONLINE