Walaupun basah, namun cabaran itu tidak mematahkan semangat baginda untuk menemui rakyat jelata di sini.

Baginda yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari dengan memandu kereta roda tiga jenis Morgan tanpa bumbung kelihatan tetap tersenyum dan melambaikan tangan kepada masyarakat berbilang kaum yang setia menunggu seawal pukul 10 pagi.

Namun, hujan yang bermula pukul 11 pagi agak membataskan pergerakan baginda untuk bersalaman dan beramah mesra dengan jelata.

Hari ini baginda dan rombongan menjelajah ke daerah Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar. - UTUSAN ONLINE