Pegawai perhubungan awam UiTM, Firdaus Abd. Hanan berkata, penganugerahan ijazah kehormat itu akan disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelas Firdaus, turut berkenan berangkat pada istiadat penganugerahan itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan anakanda Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Sultan Bolkiah.

UiTM
 

Sempena konvensyen kali ini, UiTM menganugerahkan ijazah kepada 22,594 graduan di seluruh negara.

“Bagi Kampus Shah Alam, seramai 9,459 graduan akan menerima anugerah masing-masing dalam 11 sidang bermula dari 23 hingga 28 Mac.

“Bagi 12 cawangan UiTM yang lain akan melibatkan seramai 13,315 penerima anugerah yang berlangsung bermula 25 Mac sehingga 25 April depan,” kata Firdaus. – UTUSAN ONLINE