Perdana Menteri menjelaskan kerajaan pada masa ini tidak mampu untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan memandangkan hutang yang ditanggung terlalu besar.

"Ada yang berpendapat RM1,800 adalah paling sesuai, ada pula yang kata RM1,500 gaji minimum paling sesuai.

"Tetapi kita juga harus ingat kita sedang bersaing dengan negara lain, kalau kos kita meningkat terlalu tinggi, kita akan hilang competitive edge (daya saing) kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Penetapan gaji minimum diumumkan kerajaan pada Rabu menyaksikan kenaikan RM50 di Semenanjung dan RM130 di Sabah dan Sarawak, berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016. - BERNAMA