Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, pihaknya hanya akan memberikan kenyataan kepada media sekiranya diminta dan berharap orang ramai tidak mempercayai maklumat yang disebarkan melalui media sosial sewenang-wenangnya.

“Maklumat berkenaan cuaca dan suhu di negara ini boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia pada pautan www.met.gov.my dan aplikasi MyCuaca yang dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi.

“Tambahan lagi, suhu sekarang ini tidaklah dalam keadaan yang terlampau sejuk sehingga 17 darjah Celsius seperti yang tular, sebaliknya ia suhu yang selesa bagi rakyat Malaysia. Saya harap tidak timbul situasi panik dalam kalangan orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pagi ini mesej berkenaan cuaca sejuk yang didakwa bersumberkan Jabatan Meteorologi tular melalui aplikasi Whatsapp yang antara lain mendakwa kawasan seperti Kuala Krai dan Alor Setar akan mencatatkan penurunan suhu sehingga 17 hingga 18 darjah Celsius hari ini. - UTUSAN ONLINE

Infografik

Cuaca dan suhu bandar-bandar utama sepanjang 13 Januari 2018:

1. Arau, Perlis - cerah - 21-30 Celsius

2. Alor Setar, Kedah - cerah - 21-31 Celsius

3. Perai, Pulau Pinang - cerah - 21-30 Celsius

4. Ipoh, Perak - cerah - 24-31 Celsius

5. Shah Alam, Selangor - hujan - 22-27 Celsius

6. Kuala Lumpur - hujan - 22-26 Celsius

7. Bandar Melaka, Melaka - hujan - 22-26 Celsius

8. Seremban, Negeri Sembilan - hujan - 22-27 Celsius

9. Johor Bahru, Johor - hujan - 22-25 Celsius

10. Kuantan, Pahang - hujan - 23-28 Celsius

11. Kuala Terengganu, Terengganu - hujan - 24-29 Celsius

12. Kota Bharu, Kelantan - 24-29 Celsius

13. Kota Kinabalu, Sabah - mendung - 24-32 Celsius

14. Kuching, Sarawak - cerah - 24-32 Celsius

Sumber : aplikasi MyCuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia