Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan AS, Bradley A.Hurst berkata, kewujudan sudut berkenaan adalah sebagai pusat perkongsian maklumat mengenai peluang perniagaan dan pendidikan serta sejarah dan budaya Amerika kepada masyarakat umum.

Beliau berkata, penubuhan sudut itu akan menjadikan UMK universiti tempatan kedua mempunyai kemudahan tersebut selepas Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sembilan Sudut Amerika di negara ini setakat ini.

“Kita berhasrat menjadikan Sudut Amerika bukan sekadar satu ruang perkongsian maklumat tetapi lebih daripada itu.

“Para pelajar UMK akan mendapat akses mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke AS dan juga maklumat terkini program

Biasiswa Fullbright tanpa perlu bersusah payah mendapatkannya dari tempat lain.

“Sudut ini akan dilengkapkan dengan bahan cetak dan elektronik malah pihak kami akan turun dari ke semasa mengadakan sesi perkongsian dengan pensyarah dan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU tersebut di

Kampus Kota, UMK Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Husaini Omar dan Ketua Pustakawan UMK, Azman Hashim.

Sementara itu, Azman berkata, sudut tersebut bakal beroperasi di Perpustakaan UMK Kampus Kota Pengkalan Chepa buat sementara waktu.

Katanya, sudut itu dijangka dipindahkan ke UMK Bachok apabila bangunan baharu perpustakan di situ siap sepenuhnya Ogos tahun ini. - UTUSAN ONLINE