Rakyat daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa mula memasuki Balai Penghadapan pada pukul 11 pagi.

Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim dibawa ke Balai Penghadapan untuk disemayamkan pada pukul 10.30 pagi.

Perkarangan Istana Anak Bukit dibanjiri orang ramai yang berpakaian serba hitam sejak pukul 7 pagi tadi.

Istiadat Bersiram Jenazah bermula pukul 8 pagi dan diikuti istiadat mengkafan dan menabur cendana.

Rakyat jelata dipeluang memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari diikuti golongan kenamaan pada 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang  di ruang bersemayam di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.

Pengiringan jenazah Almarhum dari Istana Anak Bukit ke Makam Diraja Langgar dijadual bermula 2 petang dan istiadat dijangka selesai menjelang solat Asar.-UTUSAN ONLINE