Banyak masa bagi mereka merencanakan aktiviti sendiri selain bersama keluarga memenuhi waktu terluang termasuk melancong atau kembali ke kampung ibu bapa.

Suasana hari terakhir persekolahan mungkin sama di mana-mana termasuk di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu dekat sini, dan menjelang pulang, murid-murid mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan guru-guru.

Keceriaan di wajah murid-murid jelas terpancar semasa mereka keluar beramai-ramai sambil ditunggu oleh ibu bapa masing-masing.

Guru Besarnya, Azmi Yazid dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Norwahidah Othman yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah tersebut turut bersama-sama guru-guru melepaskan dan mengiringi murid-murid keluar ke pintu pagar sekolah. - UTUSAN ONLINE