Diusahakan melalui Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) UMT, dengan kerjasama Majlis Kebajikan Pelajaran Besut, ia bagi membantu memperkasakan pembentukan ‘Generasi Ulul Albab’ khususnya dalam aspek pembacaan al-Quran dan hafazan.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di studio yang terletak dalam pekarangan Masjid Lama Kampug Raja, dan majlis turut dihadiri Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Studio berkenaan yang turut mendapat suntikan pembiayaan RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bakal menjadi pusat latihan menerusi kaedah moden dan terkini dalam aspek vokal.

Ia juga boleh menjadi rujukan masyarakat termasuk imam, guru al-Quran, pelajar sekolah dan universiti berhubung pelbagai keadah pembacaan al-Quran melalui koleksi qari-qari terkenal di seluruh dunia.

Turut dilancarkan dalam majlis itu ialah buku Rentetan Sumbangan Bakti - Buni Besut Ulul Albab yang ditulis oleh Yang Dipertua Majlis Kebajijan Pelajaran Besut, Yusof Kassim dan buku Memartabatkan Generasi Ulul Albab: Peranan PPAL, UMT yang dihasilkan oleh PPAL. - UTUSAN ONLINE