Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif tersebut dan beberapa inisiatif lain turut dibincangkan kerajaan untuk Bajet 2018 yang menyeluruh untuk rakyat.

“Bersama Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia hari ini untuk taklimat mengenai perkembangan ekonomi dan ramalan 2018. Taklimat kali ini lebih meluas dan menyentuh pelbagai perkara termasuk penyediaan Bajet 2018.

“Pelbagai cadangan dan inisiatif dibincangkan termasuk berkaitan pekerjaan, perumahan, pengurusan fiskal negara, strategi untuk menarik pelaburan asing berkualiti tinggi dan banyak lagi. Insya-Allah, semua untuk Bajet 2018 yang holistik untuk rakyat dan untuk Malaysia,” katanya dalam status laman Facebook hari ini.

Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober hadapan. - UTUSAN ONLINE