Namun pelajar  Sekolah Menengah Agama Maarif itu membayangkan alangkah lebih manis detik sebegitu yang jarang dilalui dalam kehidupan, ibu dan bapanya turut bersama sambil menyaksikannya dia melangkah ke pentas sekolahnya hari ini.

Ibunya meninggal dunia  akibat penyakit luekemia ketika dia berusia enam tahun manakala bapanya tinggal berjauhan kerana bertugas sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan.

Anak kedua daripada enam beradik itu mendahului senarai 23 pelajar terbaik peringkat negeri memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin, Sejarah dan –A dalam mata pelajaran Bahasa Arab itu tinggal bersama neneknya yang berumur 70 tahun.

Katanya, tiada rahsia untuk mencapai kejayaan selain memberi tumpuan kepada pelajaran dengan kefahaman sebenar tentang apa yang dipelajari.

Seorang lagi pelajar  terbaik peringkat negeri dari sekolah yang sama, Nurul Atikah Ab. Manaf bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan mengimpikan kerjaya sebagai penulis dalam bidang agama.

Anak kesembilan daripada 11 beradik itu sependapat dengan Muhammad Zakiy bahawa tumpuan penuh harus diberikan semasa belajar, dan pendekatan STPM jauh berbeza dengan peperiksaan lain.

Sementara itu, tiga lagi pelajar dari daerah ini turut berjaya memperoleh keputusan semua A iaitu dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah dan seorang dari SMK Renek. - UTUSAN ONLINE