Hujah berlakunya kekeliruan terhadap perkara itu dan menjadi bahan politik adalah alasan kenapa kerajaan terpaksa bertindak se­demikian.

Isu pokok yang menjadi perdebatan adakah kedudukan raja-raja akan tergugat jika Malaysia menandatanganinya.

Berikutan itu Mingguan Malaysia mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak terma­suk peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pasukan ke­selamatan bagi membolehkan kita memahami apa sebenarnya Statut Rom dan sejauh manakah ia dikaitkan dengan kedaulatan negara serta kedudukan Raja-Raja. Berikut antara maklumat diperolehi:

KESAN KEPADA RAJA-RAJA

• Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa untuk meluluskan apa juga undang-undang yang berkaitan kedudukan raja-raja dan meneliti dasar negara yang tertentu bersama kerajaan.

• Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera disentuh dalam Perkara 27 dan 28 (a) Statut Rom. Oleh itu Statut Rom perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja kerana memberi kesan kepada keistimewaan dan kedudukan raja-raja.

• Apabila dikuatkuasakan pa­da 1 Jun 2019, Yang di-Pertuan A­gong dan Raja-Raja berhadapan risiko dibicarakan di ICC kerana undang-undang sedia ada di negara ini tidak boleh menyiasat dan mendakwa Seri Paduka dan Raja-Raja.

• Malaysia akan terikat dengan semua 128 perkara dalam Statut Rom tanpa pengecualian seperti dinyatakan dalam Perkara 120 Statut Rom.

• ICC tidak mempunyai hala­ngan untuk mengambil tindakan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara biarpun Seri Paduka mempunyai kekebalan dalam Perlembagaan.

• ICC ada kuasa untuk menentukan sama ada negara anggota berada dalam kedudukan ‘tidak mahu atau tidak mampu’ dalam menangani sesuatu jenayah.

UNDANG-UNDANG SYARIAH TERGUGAT

• Tindakan yang diambil ke atas perlakuan seks sejenis oleh Mahkamah Syariah akan dikate­gorikan sebagai jenayah penindasan memandangkan Perkara 7 Status Rom mengkategorikan ia di bawah ‘Jenayah Terhadap Kemanusiaan’.

BAGAIMANA NEGARA LAIN?

• Negara-negara besar dunia seperti Amerika Syarikat, India, China, Rusia, Indonesia dan Iran tidak sertai.

• Hanya sembilan negara di Asia Tenggara sertai.

• Dua negara di Asia Tenggara iaitu Brunei dan Thailand yang mempunyai sistem monarki ti­dak menjadi ahli demi lindungi kedudukan raja mereka manakala Filipina ikuti langkah Burundi menarik diri menjadi ahli.

• Daripada 193 anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), 122 menjadi ahli Statut Rom.