Tindakan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Sela­ngor (JAIS) dan beberapa pihak berkuasa lain membuat pemeriksaan ke atas premis tersebut setelah mendapat aduan orang ramai.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Azlinda Azman berkata, arahan sama juga telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Selangor kerana faktor kebersihan.

Pada masa yang sama jelas­nya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga telah mengeluarkan notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan MPKj 2007.

“Premis tersebut telah mengaburi mata pembeli dengan mempamerkan pengakuan jaminan halal, sedangkan cara pengurusan penyembelihan diragui.

“Malah dari segi kebersihan premis, ia amat memerlukan tindakan segera daripada Jabatan Kesihatan,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Jelas Azlinda lagi, susulan pemeriksaan tersebut seba­nyak 1,098 ekor ayam yang telah dibungkus disita di bawah Perintah Perihal Dagangan untuk tujuan siasatan.