Yan Lee
Yan Lee

Penasihatnya, Yan Lee berkata, MBPP me­ngesahkan kondomi­nium berkenaan iaitu Straits Regency dan Surin selamat untuk di­huni selepas pemeriksaan dijalankan oleh jurutera yang dilantik.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh di kawasan itu berlaku pada 5 November dan kenyataan rasmi kawasan berkenaan selamat dikeluarkan pada 8 November iaitu tiga hari selepas tragedi berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan.

“Keputusan ini menunjukkan seolah-olah kerja pemeriksaan dijalankan secara tidak menyeluruh dan mengarut.

“Sekurang -kurang­nya tempoh masa yang diperlukan untuk membuat pemeriksaan adalah seminggu berdasarkan pengalaman jurutera profesional selain kawasan yang terjejas agak besar,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian bencana banjir besar 5 November lalu, beberapa unit rumah mewah di lereng bukit Tanjung Bungah mengalami kerosakan apabila tanah runtuh menyebabkan sebahagian jalan mendap sekali gus membimbangkan penduduk yang tinggal di kondominium berdekatan.

MBPP sebelum ini mengesahkan pihaknya telah memagar keseluruhan kawasan terlibat selain menutup bahagian runtuhan yang terdedah bagi mengelakkan hakisan tanah.

Pada masa sama, MBPP juga mendakwa telah menjalankan pemeriksaan terhadap keselamat­an bangunan berhampiran.

Mengulas lanjut, Yan Lee ber­kata, pihaknya tidak dapat mene­rima ‘pengesahan’ berkenaan me­mandangkan isu itu melibatkan aspek alam sekitar dan keselamat­an awam.

Malah, rata-rata penduduk ber­dekatan kawasan tragedi ta­nah runtuh juga terkejut dengan status selamat yang dikeluarkan MBPP sedangkan kesan kemusnahan yang mereka lihat di lokasi berkenaan sangat teruk.