Dr. Sahruddin Jamal
Sahruddin

Dengan tersebarnya salinan warta itu, status pulau tersebut kini menjadi tanda tanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal ketika ditanya berhubung isu itu menjawab, perkara itu perlu dibincang terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan dibuat.

“Isu ini perlu dibincang dengan MB (Menteri Besar) dan Pengarah (Taman Negara Johor) sebelum sebarang kenyataan boleh dibuat.

"MB sebagai Pengerusi Perbadanan Taman Negara," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Menurut Warta Kerajaan Johor itu, pembatalan keseluruhan kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarkan kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989).

Jika perkara itu benar, Johor bakal kehilangan sebuah Taman Negara unik berkeluasan 1,147 hektar yang juga diiktiraf sebagai pulau hutan paya bakau tidak berpenghuni yang kedua terbesar di dunia. - UTUSAN ONLINE
 

Warta

Salinan Warta Kerajaan Johor berhubung pembatalan perizaban Pulau Kukup yang seperti tersebar di media sosial. - GAMBAR MEDIA SOSIAL