Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, galeri jualan berkenaan dibuka di lot komersial apartment D'Perdana Sri Cemerlang di sini.

Menurutnya, galeri itu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang setiap Ahad hingga Khamis.

"Ia menempatkan projek yang dibangunkan oleh SPP Development Sdn. Bhd. khususnya projek taman perumahan Kota Jembal yang membawa konsep taman perumahan terkini.

"Dengan berkunjung ke galeri ini, orang ramai boleh melihat sendiri konsep serta rekaan yang diterapkan pada projek yang berkeluasan 30 ekar dengan nilai anggaran pembangunan lebih RM90 juta," katanya selepas Majlis Pelancaran Galeri Jualan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE