Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SSM lancar SSM BizTrust

Piawaian untuk entiti perniagaan dalam talian, tingkat keyakinan

Hamzah Zainudin (duduk tengah) bersama wakil syarikat selepas 2
Hamzah Zainudin (duduk tengah) bersama wakil syarikat selepas melancarkan SSM BizTrust di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, malam kelmarin. Hadir sama Jamil Salleh (duduk kiri) dan Zahrah Abd. Wahab Fenner (duduk kanan). UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 21 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan pensijilan digital ‘SSM BizTrust’ yang merupakan piawaian ditawarkan kepada entiti perniagaan secara dalam talian bagi meningkatkan tahap keyakinan pengguna terhadap produk jualan mereka.

SSM dalam kenyataannya memaklumkan, SSM BizTrust merupakan satu piawaian yang boleh diaplikasikan oleh entiti perniagaan dalam talian kerana diperakui dapat melindungi ke­selamatan dan maklumat syarikat perniagaan.

Menurut kenyataan tersebut, pensijilan digital itu adalah logo yang akan dipaparkan dalam mana-mana laman web perniagaan yang berdaftar di bawah SSM.

“Melalui SSM BizTrust, SSM akan memperakui bahawa sesebuah entiti perniagaan itu mematuhi ciri-ciri amanah yang ditetapkan, keselamatan secara dalam talian dan perlindungan maklumat.

“Dengan adanya paparan logo SSM BizTrust di sesebuah laman web, pelanggan akan lebih berkeyakinan untuk berurusan dengan entiti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan atau sekadar berkongsi maklumat di dalam laman web tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara dalam talian,” kata kenya­taan itu.

Melalui pensijilan digital berke­-
naan, kira-kira tujuh juta peniaga secara dalam talian di seluruh negara boleh mendaftar untuk melindungi perniagaan mereka.

Majlis pelancaran SSM BizTrust disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan di sini malam semalam.

Yang hadir sama Ketua Setia­usaha Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner.

Selain pelancaran SSM BizTrust, turut berlangsung di lokasi sama siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Forum yang membincangkan tajuk Saudagar Ekspres itu meru­-
pakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama UIAM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain