Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, kempen tersebut dilaksanakan sebagai mengambil kira isu-isu pelaburan haram yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Dalam tempoh dua tahun sejak 2015, seramai 758,851 mangsa terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.135 bilion selepas terpedaya dengan skim yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan.

“Sehingga kini, hanya 205 skim pelaburan pelbagai jenis yang berdaftar dengan SSM dan orang ramai dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyertainya,” katanya ketika berucap merasmikan karnival tersebut.

Yang hadir sama Naib Canselor Uniten, Prof. Datuk Dr. Ir. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner. - UTUSAN ONLINE