Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, cadangan penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) juga akan menyebabkan pertindihan tugas dengan agensi sedia ada.

“Ketika peruntukan untuk beberapa kementerian dan agensi lain dipotong, cadangan untuk menubuhkan JITN seolah -olah tidak kena dan kami (SPRM) tidak bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ulang tahun penubuhan SPRM ke-50 di Balik Pulau di sini hari ini.

Dzulkifli mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng yang mempertahankan penubuhan JITN yang didakwa akan memantapkan fungsi SPRM dalam melaksanakan tugas. - UTUSAN ONLINE