Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan berkali-kali ganda berbanding tempoh sama setahun sebelum itu iaitu hanya RM55.02 juta.


“Bagi pertuduhan kes pula, sebanyak 405 kes telah dituduh di mahkamah dalam tempoh tersebut iaitu peningkatan sebanyak 32.83 peratus berbanding tempoh setahun sebelumnya.


“Selain itu, bagi tempoh sama sebanyak 952 kertas siasatan telah dibuka iaitu peningkatan sebanyak 2.94 peratus berbanding tempoh setahun sebelumnya,” katanya ketika berucap dalam majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Penubuhan Badan Pencegahan Rasuah (BPR)/SPRM Ke-50 dan Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.


Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam pada itu, menurut Dzulkifli, sebanyak 910 tangkapan telah dilakukan dalam tempoh yang sama berbanding tempoh setahun sebelumnya.-UTUSAN ONLINE.