SPRM dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu diputuskan daripada hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.

sprm

“Tindakan tersebut akan dilakukan sebelum tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini melepaskan dan membebas Abdul Latif, 69, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub daripada semua 37 pertuduhan rasuah pada 2017.

Ketiga-tiga mereka berdepan tuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 19 April 2017, Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, bersama-sama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini. - UTUSAN ONLINE