SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima banyak aduan daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan sejak kebelakangan ini.

“Sekiranya orang ramai menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

“SPRM akan membuat laporan polis serta berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat panggilan palsu ini yang telah menjejaskan nama dan reputasi SPRM,” kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE