Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, kempen yang dilancarkan serentak di seluruh negara itu merupakan penjenamaan semula kempen ‘Perangi Pemberi Rasuah’ yang dilaksanakan pada tahun 2010.

“Melalui kempen ini, kita mahu memberi peringatan kepada penjawat awam terutamanya yang terlibat dalam tugas penguatkuasaan, perolehan dan perlesenan supaya menolak rasuah seterusnya melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM.

“Kempen ini juga selaras dengan sasaran SPRM untuk membersihkan perkhidmatab awam daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa sekali gus melengkapkan kempen 3J (Jangan hulur, Jangan kawtim, Jangan settle) yang dilancarkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sebelum melancarkan kempen Gempur di Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil.-UTUSAN ONLINE