Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPRM kesal dengan P. Pinang

Rakyat mahu lihat komitmen perangi rasuah, bukan sekadar bermain slogan

Dzulkifli Ahmad (enam dari kiri) bersama masyarakat Cina sempena
Dzulkifli Ahmad (enam dari kiri) bersama masyarakat Cina sempena Majlis Sambutan Aidilfitri SPRM Bersama Masyarakat Cina Pulau Ketam di SJKC Hwa Lien, Pulau Ketam, Klang, Selangor semalam. BERNAMA

KLANG 15 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menunjukkan komitmen negeri itu memerangi serta membanteras gejala rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, IBR penting untuk memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan mana-mana organisasi termasuk kerajaan untuk berkhid­mat dalam suasana kerja yang kondusif serta bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat juga ingin melihat sama ada sesebuah kerajaan negeri atau agensi itu berani menyatakan dan berikrar meme­rangi rasuah, bukan setakat slogan sahaja.

“Ini satu ikrar dan janji yang perlu ditunjukkan kepemimpinan negeri bahawa mereka tidak mahu rasuah, benci rasuah. Ini yang sepatutnya ditunjukkan kepada rakyat.

“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu ra­suah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar untuk membanteras gejala itu.

“Saya rasa pelik kalau negeri-negeri lain boleh (menandatangani IBR). Kelantan dan Selangor juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR, tinggal satu negeri ini sahaja (yang enggan menandatangani IBR),” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM bersama masyarakat Cina di Pulau Ketam di sini malam semalam.

Kerajaan Pulau Pinang baru-baru menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Tambah Dzulkifli , beliau mahu masyarakat menilai sendiri tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang sama ada mereka begitu komited memerangi rasuah atau tidak.

“Ini bukan isu bagus atau tidak, sebaliknya tunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa. Kita tengok dan lihat, berdasarkan senario sekarang banyak juga laporan rasuah dilaporkan (di Pulau Pinang) dan adakah CAT itu efektif,” soalnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain