SPRM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, usaha tersebut selari dengan kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang dilancarkan SPRM untuk membersihkan negara daripada anasir rasuah dan salahguna kuasa.

Kerjasama itu merupakan hasil perjumpaan yang diadakan oleh SPRM bersama wakil-wakil dari NCCIM bagi membincangkan isu-isu rasuah yang melibatkan ahli-ahli perniagaan hari ini.

Perjumpaan yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad itu turut dihadiri oleh Presiden NCCIM, Datuk Ter Leong Yap; Naib Pre­siden, Tan Sri Kenneth Eswaran dan Datuk Wira Jalilah Baba; Setiausaha Agung, Datuk Syed Hussien Al-Habsee; Bendahari, Datuk Low Kian Chuan dan Timbalan Setiausaha Agung II ACCCIM, Michael Chai.

"Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu membabitkan rasuah dan salahguna kuasa serta bersetuju untuk mengadakan program-program kesedaran anti-rasuah dalam kalangan ahli-ahli NCCIM” jelas kenyataan itu.