Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, sektor berkenaan terdiri daripada perolehan, penguatkuasaan dan individu serta organisasi yang mempunyai kepentingan dan kuasa (grand corruption).

“Rasuah melibatkan perolehan dan individu berkepentingan mempunyai kaitan kerana pihak berkenaan mempunyai kuasa dalam meluluskan sesuatu projek.

“Tiga sektor ini menyebabkan berlakunya ketirisan ekonomi negara berikutan wang hilang akibat jenayah rasuah mahupun wang tidak dikutip akibat jenayah ini,” katanya selepas program temubual #SPRM360 anjuran Radio Bernama di sini, hari ini.

Ujarnya, gejala rasuah di negara ini boleh dianggap serius namun masih boleh dikawal dengan kerjasama masyarakat. - UTUSAN ONLINE