Tommy Thomas
Tommy Thomas

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, kebiasaannya kerajaan menjadi pihak kepada petisyen pilihan raya sama ada dalam kalangan ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri atau pihak yang tewas dan ini tidak menyenangkan jabatan untuk mewakili SPR.

Beliau menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukan pengerusi SPR mestilah mendapat kepercayaan awam begitu juga dengan SPR itu sendiri iaitu sebagai pemutus yang berkecuali (neutral arbiter) dalam perjalanan pilihan raya.

"SPR tidak sepatutnya diwakili oleh pegawai jabatan ini kerana berkemungkinan timbulnya percanggahan kepentingan dan persepsi bahawa keadilan hendaklah dilihat untuk dilaksanakan.

"Oleh sebab itu, mulai hari ini SPR hendaklah memilih peguam pilihan mereka sendiri daripada badan peguam Malaysia untuk mewakili mereka dalam prosiding perundangan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE