Mohd. Hashim Abdullah
Mohd. Hashim Abdullah

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sehingga suku tahun empat 2016, sebanyak 14.3 juta warganegara Malaysia telah mendaftar sebagai pe­ngundi.

“Walau bagaima­napun, rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun pertama tahun ini sedang dalam proses dan akan dipamerkan nanti.

“SPR menjangkakan jumlah pemilih akan bertambah (selepas dikemaskini),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas bayangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa PRU-14 mungkin diadakan tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta semua jentera parti bersiap sedia bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Spekulasi mengenai tarikh PRU-14 semakin bertiup kencang selepas pemimpin-pe­mimpin BN menyertai kem bina semangat baru-baru ini.

Malah, pelancaran jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) oleh Perdana Menteri semalam menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Secara umumnya, tarikh mandat bagi penggal lima tahun kerajaan akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan kemudiannya diberikan tempoh 60 hari untuk dilangsungkan pi­lihan raya umum.