Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, beliau sendiri terpaksa pergi meminta dan memberi amaran supaya perbuatan itu dihentikan.

“Mereka berhenti untuk tempoh 15 minit sahaja. Pada minit ke-16 mereka melakukan semula.

“Saya kena beri amaran dua kali tetapi mereka mula semula dengan gunakan pakai telefon untuk periksa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Nyatoh dekat Rantau di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, perbuatan mendirikan barong panas dikesan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Sri Sendayan oleh Pakatan Harapan (PH).

Azhar Azizan memberitahu, sehingga pukul 12 tengahari, pengundian berjalan lancar walaupun suasana agak ‘panas’.

“Tetapi syukur tidak ada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku sama ada pergaduhan atau mengganggu ketenteraman awam,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE