MOHD. SABRI ABDULLAH
MOHD. SABRI ABDULLAH

Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohd. Sabri Abdullah berkata, kad per­akuan itu dikeluarkan kepada wartawan, pemberita, jurugambar dan jurukamera yang terlibat membuat liputan sepanjang PRU-14.

“Selain organi­sasi media tempatan, kad itu juga dikeluarkan kepada media asing yang jumlahnya dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

“Permohonan kad tersebut dibuka sejak 2 April lalu dan akan ditutup Jumaat ini iaitu sehari sebelum hari penamaan calon," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Sabri berkata, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah pengeluaran kad perakuan media ter­tinggi iaitu 2,131 keping diikuti Selangor (716), Sarawak (542) dan Sabah serta Labuan (320).

Sementara itu, SPR menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh pengundian PRU-14 manakala tarikh penamaan calon pula pada 28 April.

“Tarikh 5 Mei diputuskan sebagai hari pengundian awal dan tempoh berkempen untuk pilihan raya umum kali ini adalah selama 11 hari,’’ katanya.

Sebanyak 14,940,624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 berdasarkan daftar pemilih suku keempat 2017.