Lembaga Peperiksaan yang mengesahkan perkara itu memaklumkan tidak berlaku sebarang kebocoran pada soalan peperiksaan untuk tiga subjek tersebut.

“Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan berkaitan aduan diterima, berita kebocoran seperti yang didakwa adalah tidak benar.

“Sehubungan itu tiada keperluan untuk calon menduduki semula kertas yang dinyatakan. Ibu bapa dan penjaga tidak perlu bimbang berkaitan perkara ini,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan SPM telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan dengan penyeliaan Jabataan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.- UTUSAN ONLINE