Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penambahbaikan SOP tersebut akan dibuat dengan perbincangan bersama kerajaan negeri dan industri berkenaan.


“SOP ini akan mengawal selia dengan lebih rapi dan teratur bagi manfaat semua pihak. Moratorium dikenakan ketika ini adalah sehingga Jun nanti, maka kita berhadap SOP dibuat dapat disiapkan dan kemudian dilaporkan kepada kerajaan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) di Kampung Panglima Seman Ulu hari ini.


PRIW merupakan inisiatif peribadi beliau dengan kerjasama badan korporat untuk membantu golongan miskin dalam kalangan masyarakat Parlimen Santubong.


Sebanyak 18 buah rumah PRIW siap dibina dari 2015 hingga 2017 dan 18 buah lagi akan dibina pada tahun ini.


Kos pembinaan bagi sebuah rumah PRIW sebanyak RM70,000 dan setiap rumah dilengkapkan dengan perabot.


Tambahnya, pihak SPRM juga telah menyerahkan kembali simpanan bauksit yang masih ada di kawasan lombong dan gudang yang berjumlah hampir 10 juta tan. - UTUSAN ONLINE