Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini penting bagi memastikan mangsa dan keluarga tidak mengalami trauma psikologi, fizikal dan emosi.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada jabatan dan agensi berkaitan seperti Majlis Peguam, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam sidang video sempena Mesyuarat Tertinggi Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Kanak-Kanak: Tindakan Bersama dan Penyelesaian Inovatif di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat, di sini hari ini.

Rosmah berkata, pengenalan SOP tersebut adalah tambahan kepada usaha kerajaan memperkemas dan memperkasakan udang-undang berkaitan jenayah terhadap kanak-kanak sebelum ini.

Beliau menambah, latihan bagi meningkatkan kecekapan pengamal undang-undang turut dirangka termasuk membabitkan hakim, pihak pendakwaan, peguam, polis, kaunselor, pekerja sosial dan petugas kesihatan profesional.

Dalam pada itu, Rosmah memberitahu, kerajaan juga sedang menjalankan kajian untuk menubuhkan satu suruhanjaya kanak-kanak.

Katanya, penubuhan suruhanjaya berkenaan akan menjadi sebahagian daripada Majlis Konvension Lanzarote Eropah. - UTUSAN ONLINE