Ahmad Shabery Cheek

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad merangka SOP tersebut dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Menurutnya, kekerasan dan keganasan terhadap kaum wanita tidak boleh diterima dalam apa cara sekali pun dan menerusi SOP baharu tersebut, diharapkan perasaan hormat kaum lelaki terhadap wanita dipertingkatkan.

“Antara SOP baharu yang mung­kin akan dilaksanakan ialah pemeriksaan dadah ke atas pekerja penyelenggaraan, waktu bekerja dan prosedur untuk bekerja lebih masa termasuk bekerja secara berteman.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini, keganasan terhadap wanita adalah perkara yang tidak patut berlaku, jika mahu mendi­dik orang luar kita perlu mendidik kakitangan kita dahulu bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjum­paan Khas bersama kakitangan kementerian, di sini hari ini.

Jumaat lalu, polis menahan seorang lelaki selepas didakwa mencederakan seorang penjawat awam wanita di kepala dan muka dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa dikatakan berseorangan dalam pejabatnya.

Difahamkan, pada mulanya mangsa meminta bantuan bahagian penyelenggaraan bangunan supaya tidak memadamkan lampu pejabatnya kerana mahu menyi­ap­kan urusan kerja.