Timbalan Ketua Setia­usaha Bahagian Pembangunan kementerian tersebut, Badrul Hisham Mohd. berkata, SOP tersebut diperkenalkan pada tahun 2015 dengan mengambil kira pengalaman ‘bah kuning’ penghujung 2014 lalu.

Katanya, SOP itu menggariskan pelan tindakan bencana di peringkat pusat, negeri dan daerah selain menyediakan panduan yang lebih sistematik.

“Kejayaan SOP itu telah dibuktikan pada banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu awal Ja­nuari lalu apabila kita membantu Jabatan Hal Ehwal Veterinar memin­dahkan lebih awal haiwan ternakan ke tempat yang lebih tinggi dan menyediakan makanan de­ngan cukup.

“Daripada 827 ekor haiwan ternakan ruminan yang terlibat dengan banjir di kedua-dua negeri itu, 77 ekor berjaya diselamatkan oleh para penternak menerusi nasihat JPV,” kata­nya kepada pemberita selepas meninjau empangan milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kampung Padang Sakar Salor di sini hari ini.