Solat sunat itu dimulakan pada pukul 10 malam (3 pagi waktu Malaysia) sempena fenomena gerhana bulan penuh atau ‘blood moon’.

Imam selepas itu membacakan khutbah yang mengajak jemaah untuk melakukan kebaikan dan beribadat.

Waktu fenomena itu berlaku di Arab Saudi adalah pada pukul 9.24 malam dan berakhir pada pukul 1.19 pagi ini.

Gerhana bulan penuh ini dikatakan yang paling lama dalam abad ini iaitu sejam 43 minit.-UTUSAN ONLINE