Meskipun hujan renyai, kedatangan peserta perhimpunan terus bersilih ganti demi menjayakan acara 'pemanas badan' sebelum perhimpunan sebenar pada keesokan hari.

Majlis pada malam ini mempertaruhkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad sebagai penceramah utama.

Para pemimpin lain yang turut serta ialah Timbalan Pesuruhjaya Satu Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan dan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin. - UTUSAN ONLINE