Pemenang Kategori Anugerah Perdana dan Anugerah Pemasaran Digital Terbaik, Anugerah PKS Patuh Syariah 2017 Bank Islam-Utusan, Padzilah Enda Sulaiman yang juga Pengasas Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. berkata, Utusan Malaysia merupakan media cetak yang sentiasa memberikan liputan dan menyokong perkembangan perniagaan Siti Khadijah.

“Saya akan tetap mengingati Utusan Malaysia sebagai akhbar pertama yang mengeluarkan berita tentang telekung kami pada awal permulaan perjalanan bisnes Siti Khadijah pada 2009,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn. Bhd., Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja juga menyifatkan liputan yang diberikan Utusan Malaysia mengenai produk da­ging halal keluaran syarikatnya melalui jenama Az-Zain sembilan tahun dahulu telah berjaya meletakkan produk sebaris dengan jenama antarabangsa lain.

Katanya, selepas liputan tersebut pihaknya giat memasarkan jenama Az-Zain melalui ejen-ejen di seluruh negara.

“Liputan tersebut sekali gus membuka mata masyarakat me­ngenai pentingnya industri makanan halal diperhebatkan,” katanya.