RIZAL MANSOR

Presidennya, Datuk Rizal Mansor berkata, ia boleh membuka peluang anak-anak Sabah menjadi cendekiawan Islam yang tersohor.

“Tambahan pula, Sabah mempunyai populasi penduduk beragama Islam yang besar melebihi 60 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan Sains Tulen dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Objektifnya adalah untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang agama berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Rizal yakin kerajaan menerusi Kementerian Luar Ban­dar dan Wilayah serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) berusaha mengambil se­gala inisiatif supaya MRSM Ulul Albab dapat diperkembangkan khususnya di Malaysia Timur.

“Insya-Allah, dengan berkat daya usaha serta keprihatinan kerajaan, permintaan suara akar umbi UMNO boleh direalisasikan,” ujarnya.

Pada ketika ini, terdapat empat buah MRSM Ulul Albab di seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan RM600 juta lagi untuk membina lima MRSM Ulul Albab di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan MRSM Ulul Albab sembilan buah.

Ia termasuk di Semporna, Sabah yang mula beroperasi tahun ini dan setelah hampir tujuh tahun program ini dilaksana, seramai 1,164 orang Hafiz yang cemerlang dalam bidang Sains Tulen telah dilahirkan.