Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, tindakan tersebut wajar diambil sejajar dengan dasar yang dipegang kerajaan selama ini untuk menyekat kemasukan pemegang pasport Israel.

“Kami merasakan tindakan tegas ini wajar dicontohi demi menyatakan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin, sekali gus membantah kekejaman Israel terhadap mereka di sana.

“Diharapkan, tindakan sebegini dapat memberi tekanan kepada Palestin agar mereka berhenti meremehkan soal hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raja Ahmad Iskandar juga menyokong kenyataan Dr. Mahathir yang menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan kepada Israel jika mereka terus berdegil untuk menyertai kejohanan tersebut. - UTUSAN ONLINE