Menurut Timbalan Perdana Menteri, semangat itu harus dikekalkan lebih-lebih lagi ketika negara bersiap menyambut sambutan Hari Kebangsaan 2017 esok.

Beliau juga dapat melihat semangat cintakan negara dan nilai patriotisme dipamerkan oleh para atlet yang mengharumkan nama Malaysia.

“Apabila pingat emas diraih, bendera negara dijulang, Negaraku berkumandang. Malah, seluruh masyarakat Malaysia berkobar-kobar beri sokongan penuh kepada pasukan negara.

“Inilah terjemahan semangat cintakan negara. Lebih manis lagi sokongan padu ini tanpa prejudis terhadap mana-mana kaum kerana kita semua adalah bangsa Malaysia.

“Inilah nilai perpaduan sejati yang telah kita pamerkan untuk Malaysia. Harus kekalkan semangat ini demi negara,” katanya dalam ucapan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 yang dikongsikan di akaun Youtube beliau hari ini. - UTUSAN ONLINE