Pengetuanya, Hamidah Hassan berkata, ia akan diabadikan sebagai simbolik kecintaan rakyat kepada negara dengan kesediaan mempertahannya.

"Juga pada masa yang sama memperingati bahawa sekolah ini telah melahir insan-insan ternama termasuk seorang Panglima ATM, kedudukan dan pangkat tertinggi dalam pertahanan negara.

Menurutnya, Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohammed Affandi Raja Mohamed Noor merupakan seorang pelajar SMSI tahun 1971 hingga 1975.

"Ini boleh dijadikan salah satu motvasi kepada para pelajar untuk berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan," ujarnya.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Panglima 4 Briged Mekanise, Brigedier Jeneral Datuk Md Din Abu di Dataran SMSI disini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd Fauzi Mohd Adam; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMSI, Syed Shaharzi Syed Alwi dan para pegawai tinggi 4 Briged Mekanise. - UTUSAN ONLINE