Surat tawaran untuk menyertai salah satu daripada tiga program ditawarkan IB iaitu Program Sekolah Menengah IB (MYPIB), melibatkan pelajar berusia 11 hingga 16 tahun, diterima sekolah itu pada 30 Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail ketika dihubungi hari ini yang turut mengucapkan tahniah kepada usaha pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu perkembangan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Di bawah program MYPIB, saya yakin pelajar di negeri ini akan memperoleh nilai tambah dan kelebihan dalam pendidikan khususnya yang diperlukan semasa ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di dalam dan luar negara,” katanya.

Program IB menawarkan pendidikan kepada para pelajar berusia antara tiga hingga 19 tahun bagi membantu meningkatkan kemahiran intelektual, emosi, sosial dan jati diri bagi persiapan menghadapi cabaran di dalam dunia yang semakin mencabar.

Pihak IB menawarkan tiga program pendidikan antarabangsa melibatkan peringkat prasekolah sehingga ke prauniversiti iaitu yang pertama, berusia antara tiga hingga 12 tahun, kedua (11 hingga 16 tahun) dan ketiga, diploma (17 hingga 19 tahun). - UTUSAN ONLINE