Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan SME Corp, Zaky Moh berkata, [email protected] merupakan kursus jangka pendek selama tiga bulan melibatkan para usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Program [email protected] pada awalnya dijalankan bersama lima buah universiti sebelum bertambah kepada 10 universiti berikutan sambutan positif diterima.

"Sejak diperkenalkan sehingga sekarang, program ini ternyata membantu para usahawan meningkatkan pengetahuan perniagaan terutama dari sudut pemasaran kreatif, strategi pertumbuhan perniagaan dan rangkaian perniagaan inovatif," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi [email protected] 2017 melibatkan 23 peserta, di sini hari ini.

Majlis Graduasi tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Mohd. Hassan Mohd. Osman.

Zaky dalam pada itu berkata, bagi meneruskan kesinambungan pembelajaran peserta [email protected], pihak SME Corp dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) memperkenalkan dua kursus lanjutan.

Katanya, kursus tersebut ialah Program Pembangunan Pengurusan Kanan (SMDP) dan Kursus Lanjutan [email protected] di Jepun.

"SMDP dianjurkan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi berprestij seperti European School Management of Technology, Cranfield University, Oxford University, University of Cambridge dan University of York.

"Kursus Lanjutan [email protected] di Jepun pula diperkenalkan sejak 2013 dengan kerjasama Pusat Sokongan PKS Jepun dan Institut Latihan PKS Tokyo," katanya. - UTUSAN ONLINE