"Kita mungkin terpaksa tukar kepada slogan lain. Namun pada waktu ini, kita belum kenal pasti slogan yang sesuai," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Sementara itu, Dr. Mahathir memaklumkan, beliau akan memulakan tugas sebagai Perdana Menteri di Kompleks Jabatan Perdana Menteri pada minggu depan.

Pada ketika ini, beliau menjalankan tugas-tugas dan mesyuarat di Yayasan Kepimpinan Perdana sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE